Kajian Penyelidikan (RnD) KUNYIT HITAM – BLACK G (by Mardi)
Produk Kunyit Hitam Black G merupakan jenama rangkaian produk yang dikeluarkan oleh Black G Sdn Bhd. Ianya dihasilkan melalui kerjasama dengan 8 orang Saintis MARDI diketuai oleh Dr Zuraida Ab Rahman.
Black G Sdn Bhd menjalinkan kerjasama bersama MARDI bagi menjalankan kajian dan pembangunan produk berasaskan kunyit hitam untuk dikormersialkan menggunakan bioteknologi & biokimia tumbuhan oleh 8 orang Saintis Mardi yang hebat.
Para Saintis MARDI diketuai oleh Dr Zuraida Ab Rahman.
Pasukan Saintis Mardi
Dr Zuraida Ab Rahman
Shazwan Abd Shukor
Chandradevan Machap
Mohd Suhaimi bin Alias
Razali Mirad
Dr. Mahanem Mat Noor
Dr. Indu Bala Jaganath
Ayu Nazreena Othman
Kajian Penyelidikan (RnD) KUNYIT HITAM – BLACK G (by Mardi)
Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.
Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.
“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.
“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.
Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.
Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.
Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.
Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.

Kajian selama dua tahun
Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.
Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.
“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.
“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.
Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.
Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.
“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.
“Produk Kunyit Hitam Black G telah diluluskan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.
Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.
Satu-satunya produk kunyit hitam yang ada kolaborasi dengan MARDI


